Followers

Hati Yang Terluka






Walau seremuk mana pun hati dilukai, bentuklah ia semula.
dan serahkanlah pada Ilahi.

Bagaimana untuk merawat hati yang terluka?
Setiap hati yang terluka itu pasti mempunyai penyebabnya kepada kelukaan itu dan ia datang dalam pelbagai bentuk dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, di mana-mana sahaja dan oleh sesiapa sahaja.

Persoalannya, bagaimana kita hendak merawat hati kita sendiri bila terluka?  Bila mana waktu itu kita tidak berhasrat untuk meluahkan kelukaan itu kepada sesiapa.


Setiap apa pun yang berlaku, sama ada yang baik atau yang buruk, kesemuanya pasti datang silih berganti dalam hidup ini. Di waktu kita diuji dengan kekecewaan, di waktu itu lah kita dapat merasakan yang Allah itu benar-benar berbicara dengan kita.


Hanya Allah sahaja yang boleh merawat hati manusia. Bila kita redha menerima ujian-Nya walau hanya sebesar zarah, pasti Allah akan memberi hadiah atas kesabaran kita. Kadang-kadang Allah mengirim hadiah untuk kita dengan begitu cepat sekali. Subhanallah. MAHA SUCI ALLAH.


Islam adalah pegangan hidup terbaik untuk kita. tiada tandingannya.

Hati yang terluka andai di rawat seperti yang ISLAM ajarkan,sesungguhnya hidup tiada duka berpanjangan.

Kekecewaan berpanjangan tak boleh mengubah apa-apa melainkan hanya akan menggoyahkan akidah. jadi serahlah hanya pada Allah kerana Dia Maha Tahu setiap sesuatu.

0 comments: