Followers

Beratnya ujian ALLAH swt..


hidup ini tidak sempurna tanpa ujian dr ALlah swt...





Ya Allah jadikan seluruh hidupku menjadi satu ibadat berterusan kepadamu Ya ALLAH. Masukkan kebesaranmu ke dalam diri hambamu ini yang serba lemah dan keluarkanlah kebesaran makhluk yang ada dalam diri hamba yang lemah.

Fitrah kehidupan sebagai hamba, akan dihujani pelbagai ujian, persoalanya sejauh mana kita menerima ujian tersebut sebagai tarbiyah berterusan dalam diri? hmmm bila mula-mula diturunkan ujian kadang kita cepat sedar contoh dalam bentuk kesusahan sesuatu yang berat untuk dihadapi, tapi kadang juga kita langsung tak sedar bilamana Allah turunkan ujian tersebut dalam bentuk kesenangan atau nikmat contoh harta kekayaan, anak bini kemewahan dan yang sewaktu dengannya. Apa yang nak dikongsikan kepada pembaca ingatlah bahawasanya Allah tidak membebankan kita sesuatu yang tidak mampu kita hadapi rujuk 
[SURAH AL_BAQARAH AYAT 284-286.] dan teringat lagi satu ayat surah [AL-ANKABUT ayat 2] yang bermaksud, apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan " kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

so pada saya ujian adalah sebahagian dalam kehidupan kita dengan adanya ujian ,menjadikan kehidupan kita lebih bermakna bagi orang-orang yang mahu menggunakan ujian tersebut sebagai batu loncatan atau peluang untuk menjadi hamba yang lebih taqwa/baik dimasa akan datang. Sentiasala bersangka baik terhadap Allah swt. Moga-moga Allah swt memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNYA. n the most important don't be sad. InsyaAllah setelah kesulitan pasti ada kemudahan, actually didalam kesusahan terdapat kemudahan. Rujuk surah [AL-insyirah ayat 5-6] : yang bermaksud "maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
banyakkan bersabar kerana sesungguhnya bersabar itu sesuatu yang INDAH.

0 comments: