Followers

Jangan Menilai lebih dari Allah

Sebagai manusia yang beriman kepada Tuhan yang Maha Satu, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Tuhan yang Terakhir. Maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka. Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini, dan yang kita bawa ke alam selepas mati hanyalah amalan kita di bumi samada yang baik mahupun yang buruk.

Tapi pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri, kerana zaman sekarang ini terlalu ramai daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak, memuhasabah dan menilai amalan orang lain berbanding diri sendiri.

Ada juga yang suka mencari keaiban saudara seislamnya dengan beralasankan agama iaitu mencegah kemungkaran, ada juga yang menjadikan agama sebagai alat untuk menilai dan mengukur diri orang lain. Sebenarnya agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran dengan hikmah, dan ada cara-caranya bukan main hentam sembarangan.

Apa yang saya dapat lihat pada zaman sekarang adalah orang yang gemar menilai amalan orang lain ini, dia merasakan dirinya telah cukup baik dan punyai amal yang banyak. Sedangkan dia tidak tahu bahawa segala amal solehnya itu terbakar macam tu sahaja kerana akhlaknya yang buruk sesama manusia.

Kita adalah makhluk yang lemah, akal kita amat terhad. Apa yang ada dalam hati manusia lain kita tidak pernah tahu, sebab tu kita tidak dibenarkan menghukum orang lain dengan apa yang kita lihat. Kadang-kadang buruk didepan mata, tetapi niatnya baik. Sama-samalah bersangka baik. Apa yang tidak jelas bertanyalah terus kepada tuan punya badan, elakkan sangka menyangka kerana sifat yang demikian akan membesarkan masalah.

Kesimpulannya, kerja menilai amal orang lain adalah kerja Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Agung. Kita sebagai manusia perlulah risau tentang diri kita dan orang tanggungjawab kita dahulu. Selalulah melihat kebaikan orang lain, dan lihat keburukan diri sendiri agar dapat diperbaiki.

Yang keruh dibuang, Yang jernih diambil. Sekian. Malaysia boleh

19 Tahun

Sudah tiba masanya.....
This is the time. Alhamdulillah, Allah s.w.t bukakan pintu hati saya nak berubah. Mungkin sesetengah orang fikir its not a big deal, Tapi bagi saya it is really a big deal.

Perubahan yang dapat meringankan beban dosa ayah and ibu yang diorang terpaksa pikul for almost 18 years. I am really sorry for that. T.T

This is for forever. I don't care what people would say about me. I am changing for myself and my parents dan juga utk keluarga saya akan datang. I think I can do this for the whole life.

Yes, we are young once in a lifetime. And I had feel the young-ness of my life. I had been to here and there, socialize like nobody business, done something I never done, etc. I had gone through all this things and I had felt the "young". I think I am done enjoying my young age since it is full of errrmmm.

At the age of 19 (now), I felt like I should change to be a better person. I actually postponed my nawaitu since I was 17, I promised to myself I will change when I enter the University life, but ermmmmm masih lagi terumbang ambing. And ahamdulillah, At the age of 19, Allah s.w.t opened up my heart to be a better Muslim. Harap perubahan ni akan kekal selamanya. Sungguh tenangnya hati bila mendekati islam :')

I know who I am from the past. It was me. And now, I am not the one you have seen before. Don't judge me for my past. I did wrong, I makes mistakes, I makes sins and I regret it right now..

Thank you to all my bffs for influencing me to make this changes. Uhibbukafillah

I Believe


"BILA KITA BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN, ALLAH S.W.T AKAN DEKATKAN KITA DENGAN ORANG YANG BAIK-BAIK"


Bila terdengar quotes ni, dalam kepala otak ligat memikirkan orang-orang yang saya kenal sekarang ni.
Sangat betul dan rasa sangat bersyukur sebab orang-orang yang ada di sekeliling saya sekarang semuanya sangat positif dan banyak bagi tunjuk ajar.

So, kalau ada yang mengejek, menghina, pandang serong dengan perubahan awak, 
just ignore and be grateful.
Mereka yang menghina tu hanya tau bercakap.
At least you had do something with your life.


Coretan Untuk Bakal Zaujah

Buat: Isteriku (zaujah) yang tercinta yang aku tidak ketahui siapa [hanya Allah mengetahui]
Dari : Bakal Suamimu
Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk menulis surat ini. Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tak mintak sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita. Tapi sejauh manakah taqwa kita kepadaNya?


buat bakal zaujah,
saya tak berharap apapun pada awak, Tetapi saya cuma harapkan awak menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect, tetapi saya idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat saya sunyi, awak menjadi peneman suka duka kehidupan saya.


buat bakal zaujah,
saya bukan seorang yang perfect, terlalu banyak kekurangan pada diri ini. Saya ingin berubah setiap saat setiap detik saya cuba berubah. Saya cuba untuk memperbaiki diri . Saya ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga awak dengan baik, dapat bahagiakan awak dengan seadanya.


buat bakal zaujah,
saya sedar siapa diri saya ni, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi saya cuma mahukan awak menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan islam dalam kehidupan. Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

buat bakal zaujah,
saya harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha. hehe


Akhir sekali, saya berharap awak bersedia untuk menjadi zaujah saya, dan menerima diri ini seadanya.
Semoga Allah pertemukan kita dengan jalan yang diredhaiNya. Amin

" Tuhan Izinkan Aku Mencintai,
Tuhan, Izinkan aku memandang cinta,
Izinkan aku dekati cinta

Walau hanya dalam kebisuan

Tuhan,
Izinkan aku membisik rindu
Biar hanya berkumandang di sudut hati
Izinkan aku menitip kasih

Biar hanya berbekas di dada malam

Tuhan
Izinkan aku menyentuh cinta
Lewat lafaz zikrullah
Seiring dengan degupan jantung ini
Seiring dengan denyutan nadi ini

Seiring dengan setiap hembusan nafas ini

Tuhan,
Biarlah cinta tak pernah lagi berbalas
Biarlah rindu ini mengundang sejuta pilu
Tapi izinkan aku menyubur rasa cinta
Dengan detak lafaz zikrullah
Kerana cinta ka uterus mekar mewangi
Seiring dengan seharum asma-Mu Ya Ilahi. "

Beratnya ujian ALLAH swt..


hidup ini tidak sempurna tanpa ujian dr ALlah swt...





Ya Allah jadikan seluruh hidupku menjadi satu ibadat berterusan kepadamu Ya ALLAH. Masukkan kebesaranmu ke dalam diri hambamu ini yang serba lemah dan keluarkanlah kebesaran makhluk yang ada dalam diri hamba yang lemah.

Fitrah kehidupan sebagai hamba, akan dihujani pelbagai ujian, persoalanya sejauh mana kita menerima ujian tersebut sebagai tarbiyah berterusan dalam diri? hmmm bila mula-mula diturunkan ujian kadang kita cepat sedar contoh dalam bentuk kesusahan sesuatu yang berat untuk dihadapi, tapi kadang juga kita langsung tak sedar bilamana Allah turunkan ujian tersebut dalam bentuk kesenangan atau nikmat contoh harta kekayaan, anak bini kemewahan dan yang sewaktu dengannya. Apa yang nak dikongsikan kepada pembaca ingatlah bahawasanya Allah tidak membebankan kita sesuatu yang tidak mampu kita hadapi rujuk 
[SURAH AL_BAQARAH AYAT 284-286.] dan teringat lagi satu ayat surah [AL-ANKABUT ayat 2] yang bermaksud, apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan " kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

so pada saya ujian adalah sebahagian dalam kehidupan kita dengan adanya ujian ,menjadikan kehidupan kita lebih bermakna bagi orang-orang yang mahu menggunakan ujian tersebut sebagai batu loncatan atau peluang untuk menjadi hamba yang lebih taqwa/baik dimasa akan datang. Sentiasala bersangka baik terhadap Allah swt. Moga-moga Allah swt memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNYA. n the most important don't be sad. InsyaAllah setelah kesulitan pasti ada kemudahan, actually didalam kesusahan terdapat kemudahan. Rujuk surah [AL-insyirah ayat 5-6] : yang bermaksud "maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
banyakkan bersabar kerana sesungguhnya bersabar itu sesuatu yang INDAH.

Hati Yang Terluka






Walau seremuk mana pun hati dilukai, bentuklah ia semula.
dan serahkanlah pada Ilahi.

Bagaimana untuk merawat hati yang terluka?
Setiap hati yang terluka itu pasti mempunyai penyebabnya kepada kelukaan itu dan ia datang dalam pelbagai bentuk dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, di mana-mana sahaja dan oleh sesiapa sahaja.

Persoalannya, bagaimana kita hendak merawat hati kita sendiri bila terluka?  Bila mana waktu itu kita tidak berhasrat untuk meluahkan kelukaan itu kepada sesiapa.


Setiap apa pun yang berlaku, sama ada yang baik atau yang buruk, kesemuanya pasti datang silih berganti dalam hidup ini. Di waktu kita diuji dengan kekecewaan, di waktu itu lah kita dapat merasakan yang Allah itu benar-benar berbicara dengan kita.


Hanya Allah sahaja yang boleh merawat hati manusia. Bila kita redha menerima ujian-Nya walau hanya sebesar zarah, pasti Allah akan memberi hadiah atas kesabaran kita. Kadang-kadang Allah mengirim hadiah untuk kita dengan begitu cepat sekali. Subhanallah. MAHA SUCI ALLAH.


Islam adalah pegangan hidup terbaik untuk kita. tiada tandingannya.

Hati yang terluka andai di rawat seperti yang ISLAM ajarkan,sesungguhnya hidup tiada duka berpanjangan.

Kekecewaan berpanjangan tak boleh mengubah apa-apa melainkan hanya akan menggoyahkan akidah. jadi serahlah hanya pada Allah kerana Dia Maha Tahu setiap sesuatu.

5 Simple Rules For Happiness




1. Free your heart from hatred
2. Free your mind from worries
3. Live simply
4. Give more
5. Expect less

Kebahagiaan perlu dicari, bukan dinanti.
Yang harus memulakan adalah diri.
Mengembaralah di muka bumi ini. 
Supaya kita tidak menyesal nanti!

The mission has started. Allah yusahhil.